Sunday, December 20, 2015

Juling Air

*Entry almost 2month yang aku simpan

Assalamualaikum.. Korang pernah dengar tak pasal juling air? Ada yang panggil juling itik. Nama sains untuk juling air ni macam kat gambar bawah ni..




Based on reseach aku kat pakcik google yang banyak membantu, juling air ni boleh diperbetulkan. Untuk makluman semua, juling air ni adalah satu penyakit. Kalau diperbetulkan tidak menjadi satu kesalahan. Jika salah, sila perbetulkan ye? Boleh baca dekat info kesihatan ni. 

Rawatan yang boleh dibuat untuk juling ni:

  • Cermin mata biasanya diperskripsikan untuk membantu mata lihat dengan lebih baik
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
  • Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
  • Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Kenape ye tetiba aku cerita pasal juling air ni?

Sebab aku adalah salah seorang yang mengalami masalah / penyakit ni. Aku mengalami juling jenis Exotropia. Iaitu juling keluar.

Sebenarnya untuk aku post ni pun, ambil masa. Sebab ia melibatkan perasaan malu, rendah diri dan lain-lain.

Bila mempunyai mata juling air ni, aku mempunyai perasaan sangat rendah diri. Seboleh-bolehnya aku akan elak untuk pandang mata orang lain. Pernah kena ejek dengan orang.

Orang akan tanya kau,

"Kau pandang siapa eh?"

Padahal masa tu kau tengah bercakap dengan dia. Waktu tu rasa macam nak menangis kat situ jugak.

Mungkin juga sampai sekarang aku tak ada jodoh disebabkan ini. Yelah, orang sekarang akan pilih kepada kecantikan. Tapi, bab tu aku tak ambil port sangat sebab bagi aku, jodoh tu Allah yang tentukan.

Tapi bila buat presentation, bercakap dengan orang, aku jadi manusia yang kalau boleh tak nak pandang mereka yang ada kat depan aku. Sejujurnya aku memang sangat down.

So, bagi korang yang ada masalah sama macam aku, kita kena kuat. Kena lawan perasaan rendah diri tu. Seboleh-bolehnya jugak aku akan cuba untuk lawan. Pada korang yang ada kawan-kawan yang senasib macam aku, please!!! jangan kutuk atau keji diorang. Diorang tak mintak untuk jadi macam tu. Bila korang kutuk, perasaan down tu makin lagi teruk. 

Untuk pengetahuan korang, bukan hanya orang dewasa macam kita ni je yang boleh kena, budak-budak kecik macam baby pun boleh kena penyakit ni. So, for mothers, please alert if your child have this problem. Boleh dipulihkan dengan bantuan cermin mata atau senamam mata.

Tapi! bagi pesakit macam aku, mungkin hanya operation. Kalau korang berkemampuan untuk perbetulkan masalah mata juling air ni, cubalah jumpa dengan Doktor Pakar Mata. Ada macam-macam cara untuk memulihkan. Bagi yang dah teruk, hanya operation sahaja last choice yang ada. Aku dah survey dan mencari mana-mana klinik yang boleh buat rawatan ni. Kos nya agak tinggi which is almost 7K. Dan kat Kelantan. (^_^)" 








Bagi korang juga bagi aku, RM6-7K adalah satu jumlah yang sangat besar. Ada yang kata tak perlu buat semua ni. Tapi, aku cuma nak dapatkan keyakinan aku balik, aku tak nak perasaan down, rendah diri tu penuh dalam diri aku sampaikan aku bercakap dengan orang lain tak pandang muka diorang. Lagi-lagi dengan orang yang aku baru kenal.

Semoga aku akan dapat berusaha untuk pulihkan mata aku kembali dan kembali mampu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Semoga sharing daripada aku dapat bantu sedikit sebanyak orang-orang yang mengalami masalah yang sama macam aku. In Sha Allah.

Syukran Jazilan

Ilal' Liqa

18 comments:

  1. sis, me too same with you. tapi kalau saya pakai spec boleh ke? sebab saya ada rabun jauh juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pakai spec juga sebab rabun plus mata kiri yang juling air ni memang rabun yang teruk. sekarang ni pun hanya bergantung pada mata kanan. Tapi tak pasti la dear kalau dah berumur mcm saya susah untuk diperbetulkan melalui penggunaan spec. Apa-apa pun, awak boleh jumpa doctor. :)

      Delete
  2. Same. Rase malu gile nk cakap ngan orang lain. Kalau ade presentation lagilah. Kadang - kadang rasa down. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita punya perasaan yg sama. tp! kita kena fight.. kalau tak rasa malu tu akan menguasai diri kita..

      Delete
  3. Sy pon ad juling skit..skit je la..tak ketara sgt pon..klau bcakap dgn org xde mslh..tp bile amek gmba mase tgk blek gmba tu,kite lak yg pelik.."ak tgk camera ke tgk belkg"...pdahal mate tgk cam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang sy kadang susah sikit ambil gambar dulu2.. tapi sekarang, lantak laa.. huhu

      Delete
  4. Sama la sis saya pun sama hurmmm jumlah rawatan mahal sangat tak termampu saya saya sampai malu bergaul kurang kawan selalu suka diam diri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Sazwan.. sebab tu kot tak dak sesiapa nak kat kita.. huhuhu (nangis tepi bucu katil) hehee..

      Delete
  5. Sy pon alami masalah yg sma..sy juling terok sebelah kanan..tp skrg bru lps buat operation kt hspital kerajaan je..alhamdulillah juling pulih tp xde la 100% dlm 95% mcm tu..xde perasan sgt dh juling tu..cuma tgh tgu mata ni lega sepenuhnyaa dr luka operate tu..try la p buat rawatan kt hspital kerajaan kalau x mampu nk buat di swasta..sb kos x smpai rm30 pon..hehe..moga dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hospital mana awak? kalau boleh suggest kat kita.. then awak bagitahu macam mana?

      Delete
  6. Bila bercakap pandang org malu, bila present malu, bila nak amik pic malu, sbb malu dgn juling yg ada... Mahal juga ye kos rawatan nya...

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing sis. Jujurnya sy taktau nak luahkan perasaan kat siapa sbb bgi saya semua org takkan faham apa yg saya rasa. Bila baca ni, I was like ohh Im not the only one feeling this way huhu. Sy selalu down bila org tgur mata sy even sy tau dia tak bermaksud nak kutuk. Tpi sy mesti jdi sensitif kalau dgr org ckp pasal mata huhuhu. Skrg sy cam plan nak buat surgery. Doakan ye. Terima kasih sekali lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis.. sy sharing sebab sy nak semua orang tahu, jgn perlekehkan kita. rezeki semua orang tak sama. ada yg cantik dr rambut sampai hujung kaki. ada yang kurang macam kita. down memang down dear. tapi kita kuat semangat k? alhamdulillah. sy pun cadang nak buat jugak. sy doakan semoga semuanya dipermudahkan. k?

      Delete
  8. senasib la kita, Exotropia, dan salah satu orang perempuan taknak dekat saya, paling sadis bila tgh presentation dulu masa blajar lect tgok kita lepas tu die pandang belakang sebab die iangatkan kita tengok tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? yang itu..terus sentap dalam hati kan? Allah je tahu perasaan tu. kalau sy, air mata dah merembes nak keluar dah.. huhuhu..

      Delete
  9. Tak cuba cek di klinik kerajaan?kt hospital kb ade klinik pakar utk mata..mungkin kos xsemahal tu..

    ReplyDelete