Saturday, February 23, 2013

Hari Stress

Minggu yang agak stress bagi aku. Actually, bukan setakat minggu ni.. Lately minggu-minggu yang aku lalui agak menstresskan aku.

Rupanya, susah jugak tanggungjawab sebagai ketua. nak melayan kerenah anak buah yang macam-macam perangainya. Yang sebaya tak apa lagi. Yang tua ni.. hanya Allah yang tahu.

Seriously aku agak pressure nak menangani anak buah yang umur sebaya mak-mak kita ni. Salah cakap, merajuk. Tak cakap, naik lemak bertepu-tepu. Depan kita pijak semut pun tak mati, belakang kita, kita dihentamnya depan yang lain.

Kadang-kadang aku rasa agak putus asa dan semangat aku punah. Tapi memikirkan tanggungjawab aku besar. Aku telan jugak semua nya. Sebabkan hormat, aku diam. Tapi bila melampau-lampau, hilang jugak kesabaran aku sebagai manusia.

Ya Allah, permudahkanlah segala yang aku hadapi dan kuatkan la diri aku untuk menempuh segalanya.

Terima kasih big boss yang aku dah anggap macam ayah aku sendiri untuk nasihat yang diberikan. Kalau korang yang membaca blog aku yang tak seberapa ni, aku harap, korang jugak mendoakan aku untuk tetap tabah menempuh segalanya.

Till then, Assalamualaikum...

Monday, February 11, 2013

Braces

Assalamualaikum..

boleh tak nak dapatkan gigi cantik macam ni?


Rasanya tak terlambat untuk aku ucap selamat bercuti. Tapi aku ni bercuti dalam kehujanan. So, tak dapatlah nak berjalan sakan. Duduk la terperap dalam rumah macam perempuan melayu terakhir. hehe.. *perasan*

Perasaaan aku seriously membuak-buak untuk pakai braces. Apa tak nya, gigi aku bukan lah cantik macam gigi orang lain. Dah lama aku survey klinik untuk buat braces ni since dari aku habis belajar. Cuma, kefulusan ketiadaan.

In Sha Allah, aku akan cuba jugak untuk kumpul duit sampaikan baju cantik-cantik dan semua yang cantik.. aku tolak ketepi sebab nak kumpul duit untuk buat braces. Aku ada jugak survey klinik Dr. Zarin KL kat online tapi jauh sangat untuk aku pergi sana. Yelah.. Sakit woo nak ulang alik JB-KL tiap-tiap bulan.

So, tanya-tanya kat ofis, ada sorang dua akak kat ofis ni buat braces. Diorang pun suggest kat aku untuk buat kat situ. katanya doktornya nice dan buat pun tak sakit. Sebab aku ni paling takut dengan doktor gigi.

Apa-apa pun, doakan aku ya? Mudah-mudahan aku dapat buat braces lepas aku balik dari kursus nanti. Boleh la gigi aku jadi cantik dan elok.

Kalau korang-korang ada pengalaman, share la ngan aku.. Untuk menambah keyakinan dan sebagai persediaan untuk aku buat braces. Sharing is caring. Am i right?

Till then, chiowww...