Saturday, February 23, 2013

Hari Stress

Minggu yang agak stress bagi aku. Actually, bukan setakat minggu ni.. Lately minggu-minggu yang aku lalui agak menstresskan aku.

Rupanya, susah jugak tanggungjawab sebagai ketua. nak melayan kerenah anak buah yang macam-macam perangainya. Yang sebaya tak apa lagi. Yang tua ni.. hanya Allah yang tahu.

Seriously aku agak pressure nak menangani anak buah yang umur sebaya mak-mak kita ni. Salah cakap, merajuk. Tak cakap, naik lemak bertepu-tepu. Depan kita pijak semut pun tak mati, belakang kita, kita dihentamnya depan yang lain.

Kadang-kadang aku rasa agak putus asa dan semangat aku punah. Tapi memikirkan tanggungjawab aku besar. Aku telan jugak semua nya. Sebabkan hormat, aku diam. Tapi bila melampau-lampau, hilang jugak kesabaran aku sebagai manusia.

Ya Allah, permudahkanlah segala yang aku hadapi dan kuatkan la diri aku untuk menempuh segalanya.

Terima kasih big boss yang aku dah anggap macam ayah aku sendiri untuk nasihat yang diberikan. Kalau korang yang membaca blog aku yang tak seberapa ni, aku harap, korang jugak mendoakan aku untuk tetap tabah menempuh segalanya.

Till then, Assalamualaikum...

Monday, February 11, 2013

Braces

Assalamualaikum..

boleh tak nak dapatkan gigi cantik macam ni?


Rasanya tak terlambat untuk aku ucap selamat bercuti. Tapi aku ni bercuti dalam kehujanan. So, tak dapatlah nak berjalan sakan. Duduk la terperap dalam rumah macam perempuan melayu terakhir. hehe.. *perasan*

Perasaaan aku seriously membuak-buak untuk pakai braces. Apa tak nya, gigi aku bukan lah cantik macam gigi orang lain. Dah lama aku survey klinik untuk buat braces ni since dari aku habis belajar. Cuma, kefulusan ketiadaan.

In Sha Allah, aku akan cuba jugak untuk kumpul duit sampaikan baju cantik-cantik dan semua yang cantik.. aku tolak ketepi sebab nak kumpul duit untuk buat braces. Aku ada jugak survey klinik Dr. Zarin KL kat online tapi jauh sangat untuk aku pergi sana. Yelah.. Sakit woo nak ulang alik JB-KL tiap-tiap bulan.

So, tanya-tanya kat ofis, ada sorang dua akak kat ofis ni buat braces. Diorang pun suggest kat aku untuk buat kat situ. katanya doktornya nice dan buat pun tak sakit. Sebab aku ni paling takut dengan doktor gigi.

Apa-apa pun, doakan aku ya? Mudah-mudahan aku dapat buat braces lepas aku balik dari kursus nanti. Boleh la gigi aku jadi cantik dan elok.

Kalau korang-korang ada pengalaman, share la ngan aku.. Untuk menambah keyakinan dan sebagai persediaan untuk aku buat braces. Sharing is caring. Am i right?

Till then, chiowww...

Monday, January 14, 2013

PENGALAMAN : Memoir KeretaKU

Assalamualaikum...

Korang penah excident a.k.a kemalangan? Setakat hari ni, banyak kali aku rosak dan calarkan kereta aku. Tak caya, korang tengokla apa yang dah jadi..

1st Day dah cium tembok rumah.


Nak dekat hari raya, dia pi tiom tembok kat bangunan parking tempat aku keje.(cerita dah lapuk pon aku sebok nak cerita kan) Hebat tak aku bawak kereta? Kat tembok tu dah ada cop mohor kaler kuning kete aku.





Tu belum calar balar yang aku dah buat.

Ini lah ape yang jadi kalau dah lama tak bawak kete. Aku ni dah lama ada lesen kete. Almost 3 years. Bulan 7 hari tu baru bawak. Gila tak gila la.. Lagi satu lepas dapat kete, aku tak mandikan kete tu tolak bala. Itu apa yang orang cakap. Apa-apa pon, Alhamdulillah sekarang dah ok walaupon terdapat calar balar yang tidak dapat dielakkan. (tak dapat la sangat!)

Monday, January 7, 2013

Habit Shopping Online

Assalamualaikum..

Hyep! Aku dapat idea nak buat post ni pun dalam bilik termenung a.k.a toilet. Ishh! teruk kan aku ni. Tapi nak buat macam mana, dah time kat dalam tu idea mencurah-curah ke ladang gandum. Tapi korang jangan fikir aku masuk dalam toilet tu bawak lappy sekali. Oh! tidak!! Hee.. (^_*)v peace.

***

Korang suka shopping tak? Tak kira la shopping kat mall or online? Aku ni gila shopping tapi tak ada la sampai aku obses dengan shopping. Tapi macam ye jek. Ok! lupakan. Aku bergiat beli dalam online ni pun mase aku kerja kat KL dulu. Mesti korang akan fikir apesal minah ni dok KL tapi shopping online je? Betul tak? Pasal aku takde kawan nak pi jenjalan mase kat KL. Sedih kan aku ni???



Time tu aku duduk ngan family pakcik aku. Tiap-tiap hari mesti ada abang poslaju hantar barang sampaikan makcik aku asyik tanya apa aje yang aku beli dan mesti akan duduk sekali tengok barang apa yang aku beli. Hari ni sampai beg, esoknya sampai baju, minggu depan sampai seluar. Kalau kat kampung pulak, mama aku akan bising tiap kali abang poslaju sampai sebab tahu, mesti barang aku punya. Ayat beliau;

"apa kau beli kakak? membazir je"

Tapi nak buat macam mana, dulu asal aku online je, aku akan tengok blogshop yang jual baju, handbeg and so on. Now, asal aku online FB, melambak fbshop yang post barang-barang baru. Lagi la sekarang time YES (Year End Sale) a.k.a jualan hujung tahun. Bukan kat mall je yang ada YES ni. Kat fbshop pun ade tau. Bila mata aku dah tengok, habis semua fbshop aku cuci mata, window shopping. Orang window shopping kat mall, aku kat FB. 



Bila shopping online, aku masih lagi beringat. Takkan semua aku nak sapu kan? Aku akan beli ikut keperluan (keperluan ke?? hehe..) dan kewangan. 

Ha.. Korang, shopping tu, shopping jugak, jangan membazir dan jangan sampai kena tipu ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian?? Dan jangan jadi macam aku. Hehe. Next entry, In Shaa Allah aku akan kongsi tips macam mana nak shopping online ok. 

Till then, chioww..

thanks pakcik google pinjamkan picture.

Tuesday, January 1, 2013

New Year 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tahun 2013 ni meningkat setahun lagi umur aku. Dan pastinya, tanggungjawab aku sebagai anak dan sebagai kakak di rumah, sebagai ketua di ofis makin besar. Macam-macam perkara aku nak capai  untuk family aku, untuk diri aku sendiri and also for my career. Hopefully everything will going smoothly. Ameen..