Sunday, November 13, 2011

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum. Terdetik dekat hati aku wujud ke cinta pandang pertama. Memang la wujud agaknya. Kalau tidak, tak kan la keluar lirik lagu jiwang karat besi. Tak kan la wujud perkataan cinta pandang pertama kan?

Yang selalu aku dengar, kalau cinta pandang pertama ni mula dari mata. Dah kalau dari mata, mestila terdetik kat hati korang,

"Hensemnya laki ni" atau "Cun gila awek ni"

Of course la jatuh cinta pada kecantikan atau kehenseman diri seseorang perempuan atau lelaki tu kan?

Bila berbual dengan kawan aku dalam kereta pasal bendalah ni, aku mula terfikir, ada tak orang akan jatuh cinta pada kekurangan seseorang tu pada pandang pertama? Seriously, aku rasa agak susah nak jumpa. Dan memang sangat susah untuk jumpa keadaan sedemikian. Betul tak?*angguklah cepat*

"Baiknya awak tolong pakcik tu, saya suka la dekat awk"

Pernah ke ada orang nak cakap macam ni?

"Walaupun kau biasa-biasa je, tapi aku suka kau dari first time aku jumpa kau sebab kau baik"

Dan pernah ke ada orang yang nak jatuh cinta pada kekurangan seseorang tu. Contohnya, muka tak berapa nak cantik atau hensem. Dan jatuh cinta pada kebaikkan dia masa mula korang terserempak dengan dia. Apa yang aku perhatikan, untuk seseorang jatuh cinta pada keperibadian seseorang, kena berkawan bagai nak rak, baru la tak kisah pasal rupa.

Untuk terima keperibadian seseorang dari mula and then baru fikir kecantikan memang jauh panggang dari api. Sebabnya, kebanyakkan orang akan tengok rupa kemudian baru hati. Tapi, apa yang aku percaya, manusia yang Allah jadikan semuanya ada pasangan masing-masing. Ada pro and kontra nya.(tak tahu ayat yang sesuai) Contoh, makcik dan pakcik aku. Makcik aku punya la bisng mulutnya, tapi pakcik aku senyap aje.

Apa-apa pun, jodoh telah Allah tentukan. Kalau tidak bertemu didunia, mungkin disyurga.

Dan aku teringin nak dengar orang cakap,

 "Saya suka dekat awak la dari mula saya tengok kebaikkan awak tolong orang" 

Ada ke orang nak cakap macam tu? Macam tak ada jer..lalalalala..


notakakitangan:
maaf kalau entri agak membosankan tapi ini la kenyataan.
 Think positive on other people will make you think positive to yourself

No comments:

Post a Comment